Tuesday, December 8, 2009

dua

 Salam Si Cantik!

nak benda FREE tak? hehe. jom-jom masuk satu contest nih (contest ker?). hehe.

Perempuan cantik, Ju'A sangat berbesar hati untuk bagi benda-benda cantik nih sempena penutup tahun 2009 nih.


1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter),
3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna
dan 1 bar cadbury chocolate
sangat menarik bukan?

melihatkan benda-benda cantik di atas buat aku tak tido malam pikir.hehe.sangat bertuah rasanya kalau dapat kan. tambah melihatkan kad comey hasil tangan Ju'A tuh. Jelessshhh! hehe. sgt cantik!

Kamu Si Cantik! berminat tak? hehe
 Cara nak masuk contest nih sangat mudah, meh sini aku ajar,
#1. kamu si cantik, pergilah jadi (follower) blog Ju'A
#2. pastu, buat satu entry dalam blog kamu pasal contest (giveaway) nih. jangan lupa, sertakan sekali gambar di atas dan pastikan ade link ke blog perempuan cantik Ju'A.
#3. gi kat blog Ju'A, tinggal kan komen di entry giveaway nih. letak link kamu sekali, supaya Ju'A leh check sama ada kamu ikut syarat atau tak.


BONUS kalau kamu sertakan sekali rekaan Ju'A yang paling kamu suka. dengan automatiknya kamu akan dapat dua pernyertaan. senang je kan? hehehe



    Kalau aku, aku paling suka rekaan Ju'A yang ini :)


sangat terliur oke!
terus saja jatuh chenta dengan rekaan nih. aku terus try buat.
tapi xdelah secantik yang Ju'A buat nih.hehe
 
Owh..pada Si Cantik yang takde blog, jangan sedih-sedih tau. kamu masih leh join. tapi ikut cara nih :)

#1. kamu si cantik, pergilah jadi (follower) blog Ju'A
#2. hantarkan email kepada tiga orang rakan, dan di 'CC' kepada JU'A (chua1403@yahoo.com)
#3. gi kat blog Ju'A, tinggal kan komen di entry giveaway nih. letak nama penuh dan alamat email kamu, supaya Ju'A leh check sama ada kamu ikut syarat atau tak.


ini pun ade BONUS kalau kamu hantar email kepada tiga orang rakan lagi, dan di'CC" kan kepada Ju'A, automatik, kamu akan dapat dua penyertaan :)


contest ni akan berlansung sampai jam 10 malam pada 25Disember2009 dan pemenang, akan dipilih melalui cabutan bertuah(nama) oleh adik si cantik Ju'A, Maman. Cabutan bertuah(nama) akan dibuat pada 26Disember2009.

inilah dia si comey, Maman

pesanan Ju'A pada semua,


saya akan lawat blog anda bagi memasti semua arahan dipatuhi,jika tak komen anda akan didelete dan jika anda rasa komen anda dah didelete sila join sekali lagi. terima kasih =)

Tunggu ape lagi Si Cantik, jangan menung-menung oke, jom sertai, bukan susah pun nak dapat benda free kan? hehe

Selamat Mencuba Si Cantik!

No comments: