Monday, December 28, 2009

tujuh

Salam Si Cantik!

Ohh, kali ini aku buat kad besday untuk dua perempuan cantik kesayangan aku ;)

Hari tuh kan aku ade cakap yang aku try buat kad 'kek' macam yang nasuha buat, dan inilah hasilnya ;)


inilah kek yang buat Mimi jelesssshh ;p
kek nih untuk besday lina,


*perempuan mate sepet ;p*

dan aku buatkan lagi satu untuk Lya (kawan kapasitor).hehe



hadiah nih tak dapat lagi kt tuannye, aku tengah cari mase, bile nak post hadiah nih ;)



harap lya suke, aku sgt tak reti buat strawberi tuh.huhu.

moga dua org perempuan cantik nih sentiasa bahgia, dan segala yang diorg harapkan untuk hari istimewa nih, tercapai ;)

Si Cantik ade yang berminat dengan kek di atas? boleh email aku kalau rase nak beli yer.hehe
Selamat Mencube juge ;)

enam

Salam Si CantikCantik ;)

Makin cantik setiap hari? bagus ;)

ini hadiah untuk Mimi yang aku buat hari tuh, sorry lambat benar update.


origami rose nih, aku buat ikut entry yang sebelum nih.
bile letak dalam kotak macam nih, pastu letak pulak kertas bawah rose tuh,
nampak macam telor ayam pun ade.haha



harap Mimi suke, sbb kad besday yang aku kasik kat dia sebelum nih, sgt simple,
so aku gantikan dengan yang ini. hehe.
tuan punye badan nak amek sendiri, jadik tunggu saje.
tak sabar mau menggediks bersama :D



Saturday, December 19, 2009

lima

Salam Si Cantik!

Memandangkan kad yang aku tengah buat sekarang, belum siap, jadi aku kongsikan dengan kamu,Si Cantik kesayangan aku, kad-kad yang pernah aku buat.hehe. Ini adalah salah satunya ;)



kad nih lama dah aku buat. Kad ker? Tak macam kad lansung sebenarnye.hehe. Hadiah nih untuk besday perempuan cantik, Asma.



aku buat kad nih masa besday dia 21tahun. actually, idea nak buat 'laptop' tuh datang last minute. memang aku plan nak bagi Asma kad, tapi tak tahu nak buat kad yang mcm mane. yang ada masa tuh, hanya beberapa kertas warna. Kebetulan masa aku godek-godek barang aku, terjumpa kad yang macam poskad. yang aku jadikan sebagai skrin laptop tuh. Nampak macam real komputer kan? sebenarnya hanya sekeping kad! ;p

oke, tips aku nak bagi, aku memang jarang beli barang, atau nak bershoping barang nak buat kad, sebab duit takde. jadi selalunya aku suka guna barang terpakai saja.hehe. Jadi kalau nak beli tuh, aku akan beli benda yang betulbetul perlu, betulbetul cantik, dan unik! so kamu takkan membazir!

keyboard nyer aku guna kertas wana hitam, dan gulung sedikit belakangnya, supaya aku boleh sandarkan 'skrin' tadi dengan guna gam, atau soletape ;p
'mouse' nyer pula, aku keronyokkeronyok kan kertas, atau gempalgempalkan kertas, macam kamu bengang gn seseorg, selagi mahu kamu keronyok kan? hehe. pastu amek satu kertas len, balut kertas yang telah dikeronyok tuh. sebelum tuh, buat satu lubang di kertas tuh, untuk masukkan tali 'mouse' tuh.pastu baru balut. tali tuh, aku amek dari paper beg org kawen.hehe :) lalu sambungkan tali tersebut dengan 'keyboard'.

Aku terang dengar macam susah je ek? hehe. Sangat senang je oke.hehehe. kalau ade yang berminat, boleh email aku kalau masih tak paham. :)

Selamat Mencube! Miss u Sayang! ;)

empat

Salam Si Cantik!
sihat kah kamu hari nih? sorry sebab bizi dua tiga hari nih. aku sedang siapkan besday gift perempuan kesayangan aku, Mimi. hehe. nanti aku upload eh.hehe.

Ni nak kongsi sikit, hasil kerja tangan perempuan cantik Syuhada, aku panggil dia Syud, kawan Kapasitor aku. Sangat tertarik, sebab comey giler!


sangat comey bukan? ^_^


* * *

* * *

kad nih sgt COMEY!!! seyes macam tuannye jugak.hehe. kalau bukak blog dia, kamu mesti akan terasa dalam dunia budak yang comey, pastu terasa kamu pun jadik comey.hehe.


*ini tuan punya kad, sangat jelessshh tengok lesung pipi dia ;p*

oke, syud buat kad nih untuk pasangan pengantin. kad nih terbahagi kepada dua. Satu untuk Nia, satu untuk Jojo. Dua2 pun orang kesayangan aku di Kapasitor. hehe. Kalau kamu tengok, kad nih terdiri dari tiga lapis, yg mana kad warna merah dilekatkan belakang sekali, yang tergam gambar perempuan cantik Nia. Lapisan kedua pula, Syud buatkan tingkap(frame) yang mana akan terserlah gambar Nia.Lalu, dia hiaskan page itu bagi nampak sungguh comey! hehe. aku rase penggunaan burung dan dengan adenye bentuk hati tuh, sangat memikat hati, kan? dan cover depan kad, sangat menepati tema. kalau aku dapat kad nih, confirm-confirm malam pertama tidur dengan kad. Awww! ;p

Selamat Mencuba Sayang! Selamat Mencomeykan Diri Kamu! :)

Friday, December 11, 2009

tiga

Salam Si Cantik!
selamat malam juga. skg dah pukul satu pagi. mata takleh nak tido, padahal sok ade hari report card. *habis aku :P*

Sudah cuba yang aku cadangkan dua entry sebelum nih? aahh..kamu rugi kalau tak join giveway Ju'A tuh. hehe

hari nih aku plan nak siapkan kad besday lya. nak buat mcm kad btk kek mcm entry dua, tapi mati idea sebabkan tak reti buat strawberi.huhu..perempuan cantik, Lya suka strawberi. alih-alih aku menghadap laptop je. tanpa buat ape-ape.haih..sungguh buang masa! *ape aku bebel nih?* hehe.

Tak, sebenarnya nak cakap, tengah-tengah bosan tuh, kawan kesayangan aku, Enchek Teddybear, dia cadangkan suruh tgk kt youtube. *baru terpikir :P* sumpah selama nih, kalau buat kad, aku prefer tgk blog, tgk buku-buku secondhand yang aku beli tuh. lansung tak terpikir kewujudan utube :P *oke, boleh gelakkan saya :)*

mula-mula plan nak tgk cmner nk buat pop-up card. sbb aku tak pernah buat. sgt susah oke, selalu salah bajet ruang. huhu. alih-alih lama sangat godek. terus terjumpa cmner nk buat strawberi. Hoyeay! hehe. sgt hepi.rasa nak loncat-loncat.hehe. terus donwload video tuh, dan try buat. hehe.meh jom sama-sama belaja jom! hehe



senang je bukan? ahh..serius tak susah si cantik, kena sabar sikit. bukak mata besar2.hehe. *jangan jadi panda sudah :P*

biler siap strawberi tuh, enchek teddybear aku, challenge soh buat origami rose. aku memang tak reti buat origami len selain origami katak :P kalau origami katak, tutup mate pun bleh. cewaahh! sgt poyo oke.hehe.

oke, sekarang cube kamu tengok video yang nih, dan try buat origami rose. nampak saja macam susah, tapi senang jer. aku buat dari kul lapan, sampai kul 12 tadi. *giler lame :P* hehe. takper-takper...janji siap,perasaan yang sgt best oke.hehe.



dah tengok? senang je kan.hehe. buatlah dengan hati yang hepi. sangat menarik tau!
oke, nak tunjuk yang aku buat. aku test pakai kertas biase je. test pad paper :P




sangat tak menarik sebab pakai kertas putih, tapi tak per, sok nak buat lok-lok.hehe.doakan aku jangan malas eh  ^_^

Oke, aku sudah cube, kamu biler lagi Si Cantik? tunggu pe lagi? hehe. owh..kalau ade yang nak beli, aku boleh jual yang nih. itu pun kalau kamu berminat, aku leh tolong buatkan :)

Selamat Malam, dan Selamat Mencuba yer! hehe. Sayang Semua Si Cantik :)

Tuesday, December 8, 2009

dua

 Salam Si Cantik!

nak benda FREE tak? hehe. jom-jom masuk satu contest nih (contest ker?). hehe.

Perempuan cantik, Ju'A sangat berbesar hati untuk bagi benda-benda cantik nih sempena penutup tahun 2009 nih.


1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter),
3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna
dan 1 bar cadbury chocolate
sangat menarik bukan?

melihatkan benda-benda cantik di atas buat aku tak tido malam pikir.hehe.sangat bertuah rasanya kalau dapat kan. tambah melihatkan kad comey hasil tangan Ju'A tuh. Jelessshhh! hehe. sgt cantik!

Kamu Si Cantik! berminat tak? hehe
 Cara nak masuk contest nih sangat mudah, meh sini aku ajar,
#1. kamu si cantik, pergilah jadi (follower) blog Ju'A
#2. pastu, buat satu entry dalam blog kamu pasal contest (giveaway) nih. jangan lupa, sertakan sekali gambar di atas dan pastikan ade link ke blog perempuan cantik Ju'A.
#3. gi kat blog Ju'A, tinggal kan komen di entry giveaway nih. letak link kamu sekali, supaya Ju'A leh check sama ada kamu ikut syarat atau tak.


BONUS kalau kamu sertakan sekali rekaan Ju'A yang paling kamu suka. dengan automatiknya kamu akan dapat dua pernyertaan. senang je kan? hehehe



    Kalau aku, aku paling suka rekaan Ju'A yang ini :)


sangat terliur oke!
terus saja jatuh chenta dengan rekaan nih. aku terus try buat.
tapi xdelah secantik yang Ju'A buat nih.hehe
 
Owh..pada Si Cantik yang takde blog, jangan sedih-sedih tau. kamu masih leh join. tapi ikut cara nih :)

#1. kamu si cantik, pergilah jadi (follower) blog Ju'A
#2. hantarkan email kepada tiga orang rakan, dan di 'CC' kepada JU'A (chua1403@yahoo.com)
#3. gi kat blog Ju'A, tinggal kan komen di entry giveaway nih. letak nama penuh dan alamat email kamu, supaya Ju'A leh check sama ada kamu ikut syarat atau tak.


ini pun ade BONUS kalau kamu hantar email kepada tiga orang rakan lagi, dan di'CC" kan kepada Ju'A, automatik, kamu akan dapat dua penyertaan :)


contest ni akan berlansung sampai jam 10 malam pada 25Disember2009 dan pemenang, akan dipilih melalui cabutan bertuah(nama) oleh adik si cantik Ju'A, Maman. Cabutan bertuah(nama) akan dibuat pada 26Disember2009.

inilah dia si comey, Maman

pesanan Ju'A pada semua,


saya akan lawat blog anda bagi memasti semua arahan dipatuhi,jika tak komen anda akan didelete dan jika anda rasa komen anda dah didelete sila join sekali lagi. terima kasih =)

Tunggu ape lagi Si Cantik, jangan menung-menung oke, jom sertai, bukan susah pun nak dapat benda free kan? hehe

Selamat Mencuba Si Cantik!

satu

Salam Si Cantik!

Aku bukanlah pandai benar buat bendabenda kreatif. sangat tidak tahu. tapi aku sangat suka buat. walaupun kadangkadang(kadang kuasa dua=selalu) memang buruk :P tapi tak kisahlah..janji aku hepi bila buat, kan-kan? Sangat hepi sebenarnya bila dapat bagi benda-benda cantik nih pada kawan-kawan. aku sangat suka lihat orang gembira, sebab aku akan senyum sama. senang bukan untuk rasa bahgia? hidup ini bukanlah susah benar untuk rasa gembira :)

Rama-rama





simple je kan. aku buat rama-rama nih untuk housemate aku. saja-saja. tak silap aku sempena hari friendship day. aku buat rama-rama nih hanya guna barang terpakai. serius, tak perlu kuarkan banyak duit. berminat nak buat? hehe.

aku tahu, tak ramai antara kita yang beruntung, ada duit berlebih-lebih dan mampu miliki apa saja yang terlintas dalam kepala. Wahh..kalau ada, memang beruntung! tapi aku bukan kategori tuh. dan sungguh bersyukur pun, sebab aku boleh jadi lebih kreatif :) dan kamu, jangan jadikan duit sebagai alasan untuk tidak kreatifkn diri. kalau minat, buat saja :) fokus dan sungguh-sungguh oke ^_^ *macam blog motivasi laks :P*

oke, ni panduan untuk buat, cubalah :)

#1. Rama-rama tuh aku gunting dari kertas pembalut hadiah. kalau kamu tak suka(baca: geli) ramarama, bolehlah gune binatang len, contoh katak ker, ular ker, lembu ker, kumbang ker, ape-ape jer. tak semestinya binatang.

#2. Batang yang belakang tuh, gunakan satu batang yg keras untuk tampal rama-rama nanti. yang ni aku guna dawai yang ade pada bunga org kawen. hehe. banyak bunge orang kawen yang mak aku dapat tuh, aku gunting, dan amek dawainya. kalau takde, kamu leh guna lidi sate ker. ape-ape je, janji keras.

#3. Lekatkan double-sided-tape di belakang rame-rama tuh, dan tampal atas batang tadi. ikutlah kreativiti kamu. nak lekat senget ke ape. kenapa gune double-sided-tape? sbb..aku saja bagi pilihan untuk kawankawan baik aku sama ada mau tampal rama-rama nih kt dinding atau boleh je gune sebagai penanda buku cerita hantu mereka :P

#4. Akhir sekali, letaklah note di bahagian bawah tuh. tulis saja kata-kata yang kamu ingin luahkan. di situ aku letak ayat-ayat semangat. atau apa saja  pesanan, yang bila kawan kamu baca, akan terus ingat pada kamu :)

Senang je kan? cubalah. besar je hati dapat kongsi benda nih dengan kamu si cantik!

Selamat Mencuba yer :)